‘Ahli Parlimen BN dikelilingi musuh dalam selimut’

Iklan
Ahmad Zahid - Foto: Bernama

SHAH ALAM - Ahli-ahli Parlimen khususnya BN yang berada dalam kabinet perlu memahami realiti bahawa mereka sedang dikelilingi oleh musuh dalam selimut.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, selagi mana mereka mempertahankan komposisi kabinet sedia ada bersama Bersatu, selagi itu kerajaan campuran yang mereka 'pikul' terdedah kepada risiko sabotaj.

Iklan
Iklan

"Pengerusi PN selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) malah telah pun memulakan gerakan melampaui batas 'menyerang' Perdana Menteri.

"Tindakannya boleh memberi implikasi negatif kepada negara kerana Pengerusi MPN sendiri menggambarkan kerajaan yang dianggotainya sebagai lemah dan gagal,” katanya dalam siaran di Facebook rasminya pada Ahad.

Iklan

Pada Sabtu, Muhyiddin berkata, semua parti komponen PN perlu sepakat bahawa musuh utama gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah BN.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, tindakan Muhyiddin turut menyebabkan pelabur asing tidak melihat negara sebagai sebuah destinasi yang stabil dan kukuh untuk mereka membuat pelaburan.

Iklan

"Ia sekali gus menyulitkan usaha kerajaan untuk memulihkan ekonomi Malaysia termasuk nilai mata wang yang kini berada paras menggusarkan.

"Lambat laun pasaran saham akan turut merudum apabila pelabur asing menjual saham tempatan untuk melabur di tempat lain,” ujar beliau.

Menurutnya, kerajaan yang stabil perlu segera dibentuk dengan memberi mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang kukuh.

"Jadi, ayuh semua kita segerakan PRU15 sebelum musim hujan, sebelum negara berdepan dengan lebih banyak kerosakan angkara kerakusan politik musuh rakyat,” jelasnya.