Miller tawan GP Jepun

Iklan
Miller meraikan kejayaannya selepas mengungguli GP Jepun di Litar Motegi pada Ahad.

PELUMBA pasukan Ducati dari Australia, Jack Miller muncul juara perlumbaan MotoGP pertama Grand Prix (GP) Jepun sejak musim 2019 di Litar Motegi pada Ahad.

Miller memecut untuk melintasi garisan penamat tiga saat lebih pantas daripada pelumba Afrika Selatan, Brad Binder manakala Jorge Martin dari Sepanyol di tempat ketiga.

Iklan
Iklan

Sementara itu, hajat pelumba Ducati, Francesco ‘Pecco’ Bagnaia untuk memintas pendahulu keseluruhan, Fabio Quartararo daripada Monster Energy Yamaha pula tidak kesampaian.

Bagnaia gagal menamatkan saingan selepas tindakkan agresifnya untuk memintas Quartararo pada pusingan terakhir berakhir dengan tragedi apabila dia terjatuh dan gagal menamatkan perlumbaan.

Iklan

Quartararo nyata lega selepas terselamat daripada terlibat dalam insiden tersebut sekali gus mengakhiri saingan di tempat kelapan selepas dia gagal menamatkan perlumbaan GP Aragon minggu lalu.

Dengan keputusan tersebut, Quartararo berjaya mengutip lapan mata berharga dan kini mendahului carta kedudukan teratas dengan keseluruhan 219 mata.

Iklan

Bagnaia ketinggalan 18 mata apabila menduduki tangga kedua keseluruhan selepas mengumpul 201 mata.