ISKANDAR PUTERI - Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp) perlu diperkasa bagi memastikan penubuhannya mencapai matlamat asal untuk membawa pulang tenaga kerja termasuk golongan profesional yang berhijrah ke negara lain ekoran tawaran yang lebih baik.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, ini kerana pencapaian TalentCorp yang merupakan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan ditubuhkan sejak 2011 itu, dilihat masih belum memuaskan.
Beliau berkata, antara cabaran utama yang dihadapi agensi berkenaan bagi mencapai matlamat itu adalah perbezaan nilai mata wang ringgit berbanding negara luar yang dilihat lebih lumayan.
"Bukan golongan profesional sahaja malah bidang di peringkat bawah, mereka (tenaga kerja) masih memilih ke luar negara dan ini cabaran besar yang kita hadapi kerana apabila mereka keluar, kita tidak mempunyai maklumat lengkap di negara mana mereka berada dan dalam bidang pekerjaan apa, termasuk yang bekerja di Singapura.
"Sebab itu, KSM mulakan inisiatif TalentCorp untuk membawa masuk semula tenaga profesional yang telah pergi ke luar negara tetapi daripada segi keberkesanannya, ia tidak memuaskan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Kepimpinan dan Pengurusan Kuil Hindu Era Kecemerlangan malam Ahad.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah dilakukan kerajaan apabila ramai rakyat Malaysia termasuk golongan profesional berhijrah ke luar negara untuk mencari pekerjaan kerana tawaran gaji yang lebih lumayan.
Justeru, Saravanan menggesa rakyat negara ini untuk mengembalikan kestabilan politik bagi membolehkan usaha pemulihan ekonomi negara berjalan dengan lancar bagi meningkatkan semula nilai mata wang sekali gus menarik masuk lebih banyak pelabur.
Sementara itu, beliau berkata, kerajaan sedang membangunkan sebuah portal khusus iaitu myhindutemple.gov.my yang mengandungi data kuil-kuil Hindu di seluruh negara bagi menyelesaikan sebarang isu berbangkit melibatkan rumah ibadat masyarakat berkenaan.
Menurutnya, portal berkenaan akan memaparkan maklumat khusus membabitkan kesahihan kuil-kuil di negara ini termasuk usia kuil, pemilikan tanah, carta organisasi dan lain-lain selain berupaya meningkatkan keberkesanan penyaluran peruntukan kerajaan kepada kuil-kuil Hindu di seluruh negara.
"Inisiatif ini secara tidak langsung dapat mengelak berlaku sebarang pertikaian dengan pembinaan sesuatu kuil itu atau dijadikan bahan politik pihak tidak bertanggungjawab. Ini kerana soal rumah ibadat dan agama adalah sensitif buat semua kaum.
"Selain itu, masih ada kuil Hindu yang bukan sahaja tidak berdaftar tetapi juga tidak memiliki akaun bank rasmi yang menyebabkan peruntukan tidak dapat disalurkan secara terus kepada pengurusan kuil," jelas beliau..
Portal myhindutemple.gov.my mengambil masa enam bulan untuk dibangunkan dan setakat ini sejumlah 150 kuil-kuil Hindu telah berdaftar.
Dalam pada itu, Saravanan berkata, pihaknya akan membangkitkan isu keperluan pengajaran kelas agama buat murid dan pelajar Hindu sama ada di peringkat sekolah rendah dan juga menengah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam waktu terdekat. - Bernama