Angka korban bot karam di Lubnan meningkat 94 orang

Iklan
Ambulans menyeberangi sempadan Arida ke Libya untuk menghantar pulang mayat beberapa orang yang maut. Foto:EPA

BEIRUT - Angka kematian akibat kejadian bot karam di luar pantai Syria meningkat kepada 94 orang setakat ini, menurut pihak berkuasa Lubnan pada Ahad.

Setiausaha agung Suruhanjaya Bantuan, Mohammad Khair dalam satu kenyataan berkata, empat mayat ditemukan menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 94 korban.

Iklan
Iklan

Sementara itu, lima warga Lubnan dan lapan warga Palestin masih dirawat di Hospital al-Basil di bandar Tartus Syria dan akan dihantar pulang ke Lubnan tidak lama lagi.

Pada Khamis, pihak berkuasa Syria memaklumkan bahawa sebuah bot yang berlepas dari Lubnan karam di luar pantai Tartus.

Iklan

Bot itu membawa hampir 170 pendatang Lubnan, Palestin dan Syria.

Hanya 94 mayat ditemukan setakat ini manakala 20 lagi berjaya diselamatkan, sementara puluhan penumpang dilaporkan masih hilang.

Iklan

Percubaan warga Lubnan dan Syria untuk berhijrah ke negara Eropah secara tidak sah semakin meningkat berikutan keadaan ekonomi dan sosial serta masalah kemiskinan semakin mencengkam.

Lubnan bergelut dengan krisis ekonomi yang teruk sejak akhir 2019, termasuk nilai mata wang susut serta kekurangan bahan api dan perubatan. - Bernama