Lebih berminat sewakan bilik kepada mereka yang bekerja

Iklan
Kesukaran membuat komitmen terhadap bayaran antara punca sesetengah ejen hartanah kurang berminat sewakan bilik kepada golongan mahasiswa. - Foto 123RF (Gambar kecil: Iza Sarliza)

SHAH ALAM - Kesukaran membuat komitmen terhadap bayaran antara punca sesetengah ejen hartanah kurang berminat untuk menyewakan bilik kepada golongan mahasiswa.

Seorang ejen, Iza Sarliza Hamidun berkata, mereka lebih cenderung memberi sewa kepada individu yang sudah bekerja berbanding mahasiswa yang masih mengharapkan belanja daripada ibu bapa.

Iklan
Iklan

"Memandangkan kita bergerak atas dasar perniagaan dan keuntungan, kita mesti pantas dalam mendapatkan penyewa baharu jika terdapat kekosongan bilik di bawah jagaan kita.

"Jadi kadangkala kita tak dapat berikan kepada mahasiswa kerana pencariannya bermusim dan tidak kerap berbanding penyewa dalam kalangan pekerja,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan

Iza Sarliza juga memberitahu, penyewa dalam kalangan mahasiswa kebiasaannya meminta rumah atau bilik berdekatan dengan kampus.

"Apabila kita tawarkan bilik yang jauh sedikit dari kampus mereka tidak mahu, jadi sukar nak penuhi kehendak mereka berbanding ketika berurusan dengan penyewa yang bekerja,” ujarnya.

Iklan

Dia juga tidak menafikan isu kebersihan dan penjagaan bilik sewa adalah perkara biasa dihadapinya ketika menyewakan kepada kebanyakan mahasiswa.

"Rumah kadangkala tidak berkemas dan berhabuk serta lantai juga tidak bersapu. Terdapat juga pintu dan almari yang digunakan mereka rosak.

"Sebab itu mahasiswa yang menyewa mana-mana rumah atau bilik perlu sentiasa menjaga kelakuan supaya tidak menghakis kepercayaan ejen atau pemilik rumah kepada mereka,” katanya.