PENGENDALI Perancis, Didier Deschamps mengakui dia tidak risau dengan persembahan hambar yang ditampilkan anak buahnya ketika tewas 0-2 kepada Denmark itu sebagai satu masalah besar kepada pasukan.
Menurut Deschamps, tonggak yang diturunkan itu bukanlah yang terbaik sebaliknya merupakan pemain muda yang kurang pengalaman beraksi di pentas antarabangsa.
Iklan
Iklan
"Saya tidak fikir ini merupakan satu pengakhiran buat pasukan ini. Cuma kami dilihat kurang efektif terutamanya ketika menyempurnakan peluang yang ada selain melakukan beberapa kesilapan.
"Sejujurnya saya tidak risau dengan persembahan mereka kerana para pemain mendapat pengalaman yang mana ia sudah tentu akan membantu mereka pada masa akan datang,”katanya.
Pada aksi yang berlangsung di Parken Stadium, ketiadaan Hugo Lloris, Jules Kounde, N'Golo Kante, Paul Pogba, Ousmane Dembele dan Karim Benzema yang disisihkan akibat kecederaan nyata memberi impak kepada persembahan Les Blues.
Tuan rumah, Denmark berjaya menjaringkan dua gol menerusi Kasper Dolberg dan Andreas Skov Olsen pada babak pertama.
Keputusan tersebut menyaksikan Perancis menamatkan aksi Liga A, Kumpulan 1, dengan hanya satu kemenangan daripada enam perlawanan, tetapi kemenangan 3-1 Croatia di Austria menyelamatkan juara dunia itu daripada tersingkir.