Air pasang besar: Lima pantai, jeti di Kuala Langat ditutup

Iklan
Penduduk dan pengunjung dinasihat mengelak berada di beberapa kawasan pantai berikutan fenomena air pasang besar dijangka berlaku pada Selasa. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Penduduk dan pengunjung dinasihat mengelak berada di beberapa kawasan pantai berikutan fenomena air pasang besar dijangka berlaku pada Selasa.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dalam satu kenyataan memaklumkan Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Pantai Morib dan Pantai Batu Laut akan ditutup kepada orang awam.

Iklan
Iklan

"Sebarang aktiviti di Pantai Chunang dan Jeti Tanjong Sepat juga tidak dibenarkan sehingga 29 September," kata agensi pihak berkuasa tempatan (PBT) itu di laman Facebooknya pada Isnin.

Notis peringatan dikeluarkan MPKL di laman Facebook PBT itu pada Isnin.
Iklan

Air pasang besar dijangka merekodkan ketinggian 5.3 meter pada jam 6.52 pagi pada 27 September diikuti 5.4 meter pada 7.53 pagi keesokannya dan 5.3 meter pada 29 September pada jam 6.42 pagi.

Iklan

"Sebarang pertanyaan atau aduan boleh disalurkan ke www.wasap.my/60123004891/mpkl atau www.wasap.my/60123004256/pantasmpkl," kata kenyataan itu lagi.