15 peratus pelajar tergolong obesiti teruk

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

JOHOR BAHRU - Kira-kira 15 peratus pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri ini tergolong dalam kategori obesiti teruk.

Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu berkata, perkembangan itu memerlukan ibu bapa menjadi semakin prihatin dengan pemakanan mereka.

Iklan
Iklan

"Kesedaran pemakanan seimbang masih lagi kurang. Buat masa ini memang kita menumpukan kepada golongan usia berkenaan untuk memastikan mereka tidak melebihi berat badan dan mendapat pemakanan seimbang.

"Ini termasuk mengurangkan pengambilan makanan segera," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Karnival Keselamatan Makanan Peringkat Negeri Johor 2022 di Tampoi di sini pada Isnin.

Iklan
Dr Aman (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada murid yang menang pertandingan sempena Karnival Keselamatan Makanan Peringkat Negeri Johor 2022 di Tampoi, Johor Bahru pada Isnin.

Dalam perkembangan lain, beliau berharap peniaga memastikan tahap kebersihan dan keselamatan makanan dalam produk jualan mereka.

Mereka katanya, harus memastikan makanan yang dijual selamat dan berkualiti untuk dimakan.

Iklan

"Ini penting supaya kesihatan masyarakat terjaga dan tidak terjebak dengan penyakit bawaan makanan dan juga minuman.

"Makanan yang telah dicemari dengan organisme atau bahan kimia boleh membawa mudarat kepada tubuh badan seseorang," jelasnya.