PRK DUN Rantau: BN dilihat semakin mendahului PH

Iklan
Petugas PH dilihat memasang poster kempen yang tertera gambar calon PH Dr S Streram, berhampiran papan tanda 'Selamat Datang Ke Rantau' sempena tempoh berkempen PRK DUN N27 Rantau. Turut kelihatan bendera poster calon BN Datuk Seri Mohamad Hasan turut dipasang ditempat yang sama. -Foto Bernama

SEREMBAN - Berbaki seminggu kempen PRK DUN Rantau, BN dilihat semakin mendahului PH.

Penganalisis politik Universiti Malaya, Prof Dr Awang Azman Awang Pawi berpendapat, BN setakat ini telah mendahului PH sebanyak 52 peratus.

Iklan
Iklan

"PH kini memperoleh 48 peratus, ramalan ini berdasarkan sentimen semasa. Esok lusa mungkin berubah berdasarkan corak kempen dan isu semasa yang mempengaruhi pola pengundian di Rantau," katanya kepada Sinar Harian.

Jelasnya, situasi ini berdasarkan gerak kempen PRK calon BN Datuk Seri Mohamad Hasan, yang cukup agresif dan 'lain daripada lain'.

Iklan

"Tok Mat (Mohamad) sentiasa ke kawasan, malah dalam PRK ini seringkali beliau berkempen tanpa dirancang dalam jadual asal dengan media. Maknanya, banyak kempen beliau tanpa pengetahuan pihak media," katanya.

Selain itu, beliau juga tidak menafikan bahawa aura Tok Mad yang masih 'berbisa' antara salah satu faktor BN semakin mendahului pada PRK kali ini,

Iklan

"Populariti Tok Mat masih ada meskipun beliau dalam parti pembangkang, personaliti beliau masih diterima pelbagai etnik malah tidak dilihat sebagai ahli politik yang ekstrem. Sebab itu, dimana-mana kempen beliau mendapat sambutan," katanya.

Bagaimanapun katanya, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membiarkan sentimen ini berterusan.

"Setakat ini Anwar dan jentera kempen mereka sedang bertungkus lumus untuk meraih sokongan pengundi di pelbagai tempat di Rantau. Ini termasuklah video Anwar menari dan menyanyi lagu Hindustan di pentas.

"Kesemua ini adalah untuk meraih sokongan pengundi, khususnya pengundi India di Rantau. Ini bermakna dalam lima ke enam hari ini masih ada ruang untuk PH dan BN bertungkus lumus meraih undi mereka," katanya.

PRK Rantau yang berlangsung pada 13 April ini menyaksikan pertembungan empat penjuru.

ARTIKEL BERKAITAN: Serangan peribadi, modal kempen minggu akhir: BN

Selain Mohamad Hasan, dan calon PH dari PKR, Dr S Streram ia turut membabitkan R Malar (Bebas), Mohd Nor Yassin (Bebas).

PRK DUN Rantau diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 November lalu yang mengisytiharkan kemenangan beliau pada PRU-14, terbatal dan tidak sah.

Pada PRU-14, Mohamad menang tanpa bertanding kerusi berkenaan selepas Dr Streram dilarang masuk ke pusat penamaan calon kerana tidak memiliki pas dikeluarkan SPR Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

PRK DUN Rantau adalah ketujuh diadakan selepas PRK DUN Sungai Kandis, DUN Balakong, DUN Seri Setia, Parlimen Port Dickson, Parlimen Cameron Highlands dan DUN Semenyih.