APSF yakin Kemboja mampu anjur APG 2023

Iklan
Osoth Bhavillai

PERSEKUTUAN Sukan Para ASEAN (APSF) yakin Kemboja mampu menangani cabaran walaupun ini merupakan kali pertama menganjurkan Sukan Para ASEAN (APG) di Phnom Penh yang dijadualkan bermula pada 3 hingga 9 Jun tahun depan.

Presidennya Jeneral Osoth Bhavillai berkata, Kemboja sedang mengumpulkan sumbernya dan memperhebat kesiapsiagaan bagi memastikan APG ke-12 akan menepati temanya Sukan: Hidup dalam Keamanan.

Iklan
Iklan

"Solo (Indonesia) menunjukkan kesungguhannya menganjurkan edisi ke-11 Julai lalu meskipun dalam tempoh yang singkat... ia berlangsung dengan baik melebihi jangkaan dan meletakkan standard baharu dalam beberapa perkara.

"Kami yakin, tahun hadapan Phnom Penh juga mampu melakukan perkara yang sama," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Sementara itu, Setiausaha Agong Kanan APSF, Kolonel Wandee Tosuwan berkata, bagi memastikan kelancaran pelaksanaan bagi kedua-dua belah pihak, APSF dan Jawatankuasa Penganjuran Sukan Para ASEAN Kemboja (CAMAPGOC) akan mengadakan konsultasi dan mesyuarat berkala mengenai pelbagai perkara berkaitan penganjuran temasya itu.

"APG ke-12 sangat penting kepada Kemboja sebagai satu negara yang membangun dan dinamik dengan sokongan penuh kerajaan sebagai bukti komitmen negara itu untuk mencapai kecemerlangan dalam sukan," katanya.

Iklan

Antara sukan yang dicadangkan pada temasya itu termasuk olahraga, boccia, badminton, catur, bola sepak 5-sebelah dan 7-sebelah, goalball, powerlifting, bola tampar duduk, renang, ping pong dan bola keranjang kerusi roda. - Bernama