13 maut insiden tembakan di sekolah di Rusia

Iklan
13 orang terbunuh, termasuk tujuh kanak-kanak, dalam satu insiden tembakan di sebuah sekolah di bandar Izhevsk, Rusia pada Isnin. - Foto Reuters.

MOSCOW - Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh, termasuk tujuh kanak-kanak, dalam satu insiden tembakan di sebuah sekolah di bandar Izhevsk, Rusia pada Isnin, lapor Xinhua.

Menurut Agensi Berita TASS yang memetik Jawatankuasa Penyiasatan Rusia, 14 kanak-kanak dan tujuh dewasa cedera dalam serangan di sekolah yang terletak berhampiran bangunan pentadbiran bandar Izhevsk, di Republik Udmurt di barat Rusia.

Iklan
Iklan

Berdasarkan laporan awal, sembilan terbunuh dan kira-kira 20 yang lain cedera dalam kejadian itu.

Menurut jawatankuasa itu, mayat penyerang yang dipercayai membunuh diri itu ditemukan memakai baju-T hitam dengan simbol Nazi dan topeng ski. Identitinya masih belum dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan dijumpai.

Iklan

Sekolah itu mempunyai 982 pelajar serta 80 guru, dan mereka telah dipindahkan.

Gabenor Republik Udmurt mengisytiharkan tempoh berkabung tiga hari bermula Isnin. - Bernama

Iklan