[VIDEO] Pas tolak pendirian label parti Melayu Islam sebagai musuh

Iklan
Takiyuddin

SHAH ALAM - Pas tampil menjelaskan bahawa parti itu tidak boleh menerima pendirian mana-mana pihak yang melabel kumpulan Melayu Islam yang lain sebagai musuh utama.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan berkata, pendirian tersebut tidak wajar apatah lagi melibatkan kedudukan dan kuasa orang Islam dalam pemerintahan sesebuah negara yang majoritinya umat Islam seperti Malaysia.

Iklan
Iklan

"Kenyataan seumpama itu lebih-lebih lagi dilihat tidak wajar dan janggal sekiranya pihak dilabelkan sebagai musuh utama tersebut adalah rakan muafakat dalam kerajaan yang dipimpin bersama.

"Pas sentiasa yakin hanya dengan perpaduan di antara parti-parti utama Melayu-Islam dalam negara ini dapat menjamin terbentuknya sebuah pemerintahan yang stabil, adil dan berkebajikan kepada semua rakyat pelbagai kaum, agama, bangsa serta budaya,” katanya pada Isnin.

Iklan

Pada Sabtu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan BN adalah musuh utama gabungan itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kenyataan Muhyiddin itu dilihat bercanggah dengan pendirian Pas yang meletakkan Pakatan Harapan (PH) sebagai musuh utama, manakala BN adalah rakan kerjasama.

Iklan

Dalam pada itu, Takiyuddin meminta semua pemimpin dan ahli Pas supaya akur dan wala' kepada arahan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin untuk merealisasikan agenda penyatuan ummah.

"Pas sentiasa komited untuk melaksanakan segala usaha ke arah mencapai hasrat penyatuan ummah terutamanya di kalangan rakyat berbangsa Melayu dan beragama Islam berteraskan Ayat 10 Surah al-Hujurat," jelasnya lagi