SERAMAI 14 pemain dipilih menggalas untuk cabaran negara bagi menghadapi Kejuaraan Bola Sepak Pantai AFF 2022 di Chonburi, Thailand bermula pada 26 September hingga 1 Oktober ini.
Skuad kendalian Wan Adremy Indera Wan Adnan itu berlepas ke Chonburi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang petang tadi.
Kejuaraan dengan format liga satu pusingan ini bakal menyaksikan pasukan negara berentap dengan dua lagi pasukan iaitu tuan rumah, Thailand dan Indonesia.
Anak buah Wan Adremy Indera akan menyingkap saingan berdepan Indonesia pada Rabu diikuti perlawanan berdepan Thailand pada Sabtu di Pantai Pattaya, Chonburi.
JADUAL
Kejuaraan Bola Sepak Pantai AFF 2022
RABU (28 SEPTEMBER)
Malaysia lwn Indonesia, jam 5 petang
SABTU ( 1 OKTOBER)
Malaysia lwn Thailand, 4.30 petang
*Semua perlawanan berlangsung di Pantai Pattaya, Chonburi.