Mahalnya kos sebuah demokrasi

Iklan
Anggaran perbelanjaan PRU15 mampu cecah sehingga RM1.5 bilion sekiranya kerajaan tetap laksanakannya tahun ini.- Gambar hiasan.

DESAS-DESUS mengatakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berlaku paling lewat awal tahun 2023, mencetuskan pelbagai polemik seluruh rakyat Malaysia.

Mana tidaknya, bermula daripada cerita perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen, timbul pula berita kos untuk mengurus pilihan raya.

Di tengah-tengah rakyat menghadapi situasi kepincangan ekonomi, berpusu-pusu pula pemimpin termasuk pembangkang bercerita soal PRU15.

Iklan
Iklan

Muka hadapan Sinar Ahad baru-baru ini, memfokuskan isu kos mengurus pilihan raya di mana anggaran perbelanjaan PRU15 nanti mampu mencecah sehingga RM1.5 bilion sekiranya kerajaan tetap melaksanakannya pada tahun ini. Ia akan menjadi PRU paling mahal dalam sejarah negara!

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, kos mengadakan PRU15 meningkat berikutan terdapat kerajaan negeri enggan membubarkan DUN serentak dengan Parlimen.

Iklan

Kata Wan Junaidi lagi, sehingga kini terdapat enam negeri yang enggan membubarkan DUN pada musim tengkujuh tahun ini.

Ia bermakna kerajaan terpaksa menanggung kos PRU berganda apabila perlu mengadakan pilihan raya secara berasingan kerana enam DUN tersebut menunggu pembubaran secara automatik iaitu pada tahun 2023.

Iklan

Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang senada dengan Wan Junaidi berkata, sekiranya PRU15 diadakan secara berasingan, tidak mustahil kosnya mampu mencecah sehingga RM2 bilion berbanding kira-kira RM1 bilion sekiranya pilihan raya diadakan serentak.

Kata Mustapa, bukan setakat kerajaan perlu tanggung kos jarak pengundi, malah parti-parti terlibat juga perlu berkempen sebanyak dua kali.

Sedarkah bahawa nilai RM2 bilion dan RM1 bilion itu amat besar? Sekiranya PRU15 diadakan serentak, maka bakinya itu mampu digunakan untuk perkara-perkara lain demi kesenangan rakyat.

Banyak lagi keperluan rakyat yang belum dilaksanakan berbanding berbelanja besar untuk PRU15 ini. Tidakkah ia menjadi satu pembaziran sekiranya perlu dilaksanakan juga pilihan raya pada tahun ini?

Oleh itu setiap keputusan yang melibatkan kepentingan rakyat perlulah mengambil kira kesannya dari segala sudut.