Huffaz di sebalik jeriji

Iklan
Semenjak menjalani hukuman, kehidupannya berubah dan lebih bermakna apabila lebih banyak masa dengan pengisian ilmu berkaitan Islam selain mengikuti program hafazan al-Quran di Sekolah Tahfiz Tarbiyah Husnul Khatimah di penjara tersebut.

SHAH ALAM- Menjalani hukuman penjara selama 15 tahun dan 10 sebatan atas kesalahan merogol, bukan satu perkara mudah bagi seorang banduan bernama Amin (bukan nama sebenar) untuk menerimanya.

Amin yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kluang, Johor Bahru berkata, dia pada mulanya menyalahkan takdir di atas apa yang berlaku malah mempersoalkan tempoh hukuman penjara yang dikenakan terlalu lama berbanding kesalahan jenayah lain seperti membunuh.

Iklan
Iklan

"Cuma ia berubah setelah saya memeluk agama Islam, saya sedar banyak hikmah yang saya terima sepanjang menjalani hukuman penjara ini,” katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama Sinar Harian menerusi video bertajuk ‘Banduan Langsi

Ujar Amin, semenjak menjalani hukuman, kehidupannya berubah dan lebih bermakna apabila lebih banyak masa dengan pengisian ilmu berkaitan Islam selain mengikuti program hafazan al-Quran di Sekolah Tahfiz Tarbiyah Husnul Khatimah di penjara tersebut.

Iklan

Dia terbuka hati untuk mengikuti program itu selepas tertarik mendengar bacaan al-Quran yang dilantunkan oleh rakannya setiap kali selesai solat.

Meskipun pada awalnya agak berdebar untuk memulakan sesi pembelajaran tersebut namun Amin bersyukur kerana mendapat bimbingan terbaik daripada tenaga pengajar bertauliah di situ serta berpeluang untuk sentiasa melazimi bacaan dan hafazan al-Quran.

Iklan

"Ustaz yang melatih saya dalam masa sama menasihatkan untuk turut menjaga makan, pandangan dan kelakuan kerana ia mempengaruhi hafazan tersebut.

"Apa yang menarik di sekolah ini, pembelajarannya bukan sahaja terhad kepada ilmu berkaitan al-Quran sahaja tetapi turut juga memberi pendedahan kepada ilmu-ilmu agama lain seperti ibadah, solat, muamalat serta pelbagai ilmu yang berkaitan islamiah,” ujar Amin.

Dia juga ada berhajat untuk mempelajari ilmu tarannum kerana mendengar kemerduan suara rakannya dalam ketika mengaji.

"Tapi saya tak kira untuk masuk dalam bidang itu memandangkan tidak dikurniakan kelebihan dekat situ,” tambahnya.

Amin memberitahu, dia kini sedang berusaha sedaya upaya menambah serta mengukuhkan ilmu agama yang ada bagi menghadapi dunia luar sejurus dibebaskan nanti.