KUALA LUMPUR - Angin ahmar atau strok, serangan jantung dan kanser dikesan menjadi punca tertinggi kematian di negara ini sejak tahun 2020.
Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, 27.8 peratus atau 109,155 orang disahkan maut pada tahun 2020 akibat tiga penyakit utama ini.
Malahan 1 dalam 4 orang rakyat Malaysia berisiko didiagnosis dengan penyakit kritikal dan setiap tahun jumlah orang muda yang berusia antara 25 hingga 40 tahun dikesan menghidap penyakit jantung, angin ahmar serta kanser meningkat.
Mengikut rekod Jabatan Perangkaan Malaysia, golongan milennial (yang lahir antara 1981-1996) dan zillennial (mereka yang lahir antara 1997-2012) merupakan 69.6 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.
Hasil tinjauan oleh Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 pula menunjukkan hanya 22 peratus rakyat di negara ini mempunyai insurans perubatan dengan 43 peratus mengakui tidak mampu memiliki insurans perubatan dan kesihatan.
Oleh itu, Tune Protect Malaysia mengambil insiatif melancarkan pelan insurans mampu milik bagi membantu rakyat yang memerlukan polisi perlindungan mengikut kemampuan masing-masing.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tune Protect, Rohit Nambiar berkata, Tune Protect telah melancarkan pakej insurans penyakit kritikal pertamanya Critical Safe+ untuk mengambil pendekatan menawarkan produk insurans dan yang bersesuai dengan keperluan individu serta memenuhi kehendak pengguna.
"Anda boleh mendapatkan perlindungan insurans mengikut kemampuan dan keperluan secara dalam talian iaitu dengan memperolehi perlindungan asas dahulu dan kemudian membuat pilihan untuk penambahan, tidak seperti pelan insurans tipikal yang berada dalam pasaran hari ini,” katanya pada pelancaran Critical Safe+ baru-baru ini.
Turut hadir di Majlis Pelancaran tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Tune Protect Malaysia, Jubin Mehta dan Ketua Pegawai Rakan Kongsi Kumpulan Tune Protect, Janet Chin.
Terpakai untuk 39 penyakit kritikal
Menurut Rohit, ia dilihat dapat membantu golongan Millennial dan Zillennial memiliki perlindungan insurans lebih awal bukan setakat untuk diri sendiri, tetapi juga untuk keluarga.
Sementara itu, Jubin Mehta berkata, syarikat akan melancarkan penyelesaian teknologi kesihatan pada suku keempat 2022, dalam bentuk aplikasi mudah alih.
"Tune Protect membolehkan orang ramai mendapatkan insurans kesihatan dalam talian dan seterusnya melindungi pelanggan daripada penyakit kritikal tahap lanjutan dengan harga mampu milik, pilihan yang fleksibel dengan pelbagai manfaat.
Jelas Jubin, Tune Protect berpegang kepada komitmen 3:3:3 untuk produk perlindungan Critical Safe+nya, di mana pelanggan boleh mendapatkan pakej perlindungan kesihatan berkenaan dalam tempoh tiga minit dan akan diberikan respons dalam masa tiga jam manakala bayaran tuntutan akan diluluskan dalam tempoh tiga hari waktu bekerja.
"Pelan perlindungan kesihatan ini terdapat dalam tiga pilihan yang berbeza dengan bayaran boleh dilakukan sekaligus. Pelanggan boleh melindungi diri dan keluarga melalui produk perlindungan untuk dua penyakit sahaja iaitu serangan jantung dan kanser.
"Selain itu, pelanggan bebas memiliih pakej insurans yang melibatkan lima penyakit iaitu serangan jantung, kanser, angin ahmar, penyakit arteri koronari yang serius, dan kegagalan buah pinggang.
"Critical Safe+ terpakai untuk rawatan 39 pilihan penyakit kritikal dengan jumlah yang diinsuranskan daripada RM30,000 hingga RM200,000,” kata Jubin.
"Bagi pelanggan yang mahu meningkatkan perlindungan, mereka boleh memilih Top 5 atau kesemua 39 jenis perlindungan untuk penyakit kritikal yang memberikan mereka fleksibeliti untuk membuat penambahan Perlindungan Peringat Awal dan Penjagaan Penyakit Diabetes dengan tambahan premium pada pelan perlindungan utama mereka.
"Perlindungan Peringkat Awal akan membayar sebanyak 50 peratus jumlah diinsurankan semasa didiagnosis, manakala Penjagaan Penyakit Diabetes terdiri daripada tambahan jumlah diinsuranskan sehingga RM50,000.
"Kami juga menyediakan penyelesaian tambahan untuk kesihatan yang memberi nilai tambah kepada pelanggan seperti kesihatan mental, gangguan kanak-kanak dan komplikasi bersalin,” ujarnya.
Menurutnya, sebagai bonus tambahan untuk pelancaran, Tune Protect komited untuk membayar tambahan satu peratus daripada jumlah yang diinsuranskan jika pelanggan tidak menerima tuntutan mereka dalam tiga hari bekerja dari tarikh kelulusan.
Selain itu jelas Jubin Mehta, Critical Safe+ boleh didapati dalam talian melalui laman sesawang dan aplikasi mudah alih Tune Protect. Semua pembelian perlindungan dalam talian layak mendapat diskaun sebanyak 15 peratus.
"Prosedur tuntutan juga cepat dan mudah kerana pelanggan boleh membuat tuntutan melalui saluran dalam talian yang sama inimenjadikan proses lebih mudah dan cepat
Selain itu, pelanggan juga boleh memilih pembayaran premium bulanan untuk meringankan komitmen kewangan mereka," tambah Jubin lagi.
Pelanggan yang membeli Critical Safe+ juga akan menerima kredit RM50 dalam e-dompet mereka semasa kempen pelancaran khas yang akan berakhir pada 30 September 2022.
Tune Protect juga akan menyumbang RM6 untuk setiap polisi Critical Safe+ yang dijual kepada dana kesihatan kanak-kanak Yayasan Chow Kit, Madhya's Gift yang ditubuhkan oleh Yayasan Chow Kit untuk menyediakan penjagaan kesihatan kepada kanak-kanak daripada keluarga yang kurang berkemampuan dan memerlukan rawatan perubatan.
Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Critical Safe+ boleh melayari laman sesawang syarikat di www.tuneprotect.com/products/criticalsafeplus/ atau muat turun aplikasi mudah alih Tune Protect daripada Apple App Store atau Google Play Store.
Tune Protect Malaysia merupakan anak syarikat insurans am Malaysia, Tune Protect Group Bhd.
REAKSI ORANG RAMAI
"Setakat ini saya tak ada perlindungan insurans sebab tak mampu dan gaji rendah. Kalau betul Tune Protect Critical Safe+ ini adalah satu insurans mampu milik bagi penyakit kritikal, mungkin saya akan mempertimbangkannya.” - Pelayan hotel, Mohd Khairul Adam, 20
"Saya amat menyokong jika ada syarikat insurans yang memberikan perhatian terhadap pelan perlindungan untuk pelbagai penyakit kritikal sekarang ini dan kalau boleh biarlah ia mampu serta bersesuaian dengan semua taraf hidup rakyat Malaysia. Pada masa kini, rata-rata warga muda turut menghidapi penyakit kritikal yang membimbangkan. Ia tidak lagi berlaku kepada warga emas sahaja.” Pegawai Pematuhan Perdagangan, Nur Diana Ahmad, 36
"Jika ada syarikat insurans seperti Tune Protect yang sediakan pelan insurans mampu milik untuk golongan M40 dan B40. Sekurang-kurangnya bagi kami yang ada kad perubatan saja amat membantu jika ada pihak insurans yang tawarkan servis untuk tambah nilaikan lagi ke atas kemudahan rawatan perubatan kami.” Penghantar barang, Afiq Amani Mohd Rosli, 28
"Bagi golongan bekerjaya macam saya, faktor masa dan kekangan kerja buatkan saya tak berkesempatan untuk bertemu dengan ejen-ejen insurans secara fizikal. Jadi saya amat tertarik dengan pelan Critical Safe+ yang menawarkan perkhidmatan mendapatkan pelan perlindungan insurans atas talian ini. Ia memudahkan urusan kerana semuanya hanya di hujung jari dan insyallah saya akan cuba layarinya secara online untuk dapatkan maklumat lanjut,” Pengurus jualan, Mohd Ariff Mohd Hashim, 42