Pahang peruntuk lebih RM2.8 juta bantu pelajar IPT

Iklan
Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Pahang, Datuk Nazri Ngah mewakili Menteri Besar menyampaikan Bantuan Prihatin Pahang kepada mahasiswa yang diadakan di Jerantut baru-baru ini.

KUANTAN - Kerajaan Pahang memperuntukkan lebih RM2.8 juta bagi membantu 14,168 anak Pahang yang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, melalui Bantuan Prihatin Pahang itu, setiap pelajar akan menerima RM200.

Iklan
Iklan

Menurutnya, agihan bantuan itu sedang dilaksanakan dan diserahkan sendiri Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail atau wakil rasminya.

"Awalnya proses agihan dibuat di universiti supaya kepimpinan negeri dapat bertemu, bertanya khabar dan melihat sendiri situasi kehidupan mereka di sana.

Iklan

"Memandang ketika ini kebanyakan mereka sedang bercuti (cuti semester), jadi kerajaan negeri ambil inisiatif turun padang ke daerah-daerah untuk menyampaikan bantuan ini kepada penerima," katanya.

Syed Ibrahim berkata, jadual telah disusun bagi tujuan itu untuk memudahkan pertemuan dan pergerakan pelajar.

Iklan

Beliau berkata, Kuantan mencatatkan jumlah penerima tertinggi dengan 5,483 pelajar diikuti Temerloh (1,340 pelajar), Pekan (961 pelajar), Jerantut (923 pelajar), Maran (809 pelajar dan Rompin (635 pelajar).

"Bagi daerah Bentong, seramai 550 pelajar tersenarai sebagai penerima bantuan ini manakala daerah Raub (519 pelajar), Lipis (509 pelajar), Bera (463 pelajar), Kuala Krau (433 pelajar) dan Cameron Highlands (43 pelajar)," jelasnya.

Antara penerima yang hadir pada majlis penyerahan Bantuan Prihatin Pahang kepada mahasiwa di Kuantan yang diadakan baru-baru ini.

Sementara itu, Syed Ibrahim berkata, anak Pahang yang belajar di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) juga bakal menerima bantuan tersebut.

"Kerajaan negeri juga merancang dan akan mengenal pasti mahasiswa Pahang yang belajar di IPTS untuk bantuan ini.

"Pihak urusetia sedang meneliti data dan maklumat pelajar berkenaan agar tiada yang tertinggal," ujarnya.

Tambah beliau, dianggarkan lebih 1,000 pelajar anak Pahang berada di IPTS di seluruh negara.

"Gerak kerja itu dilaksanakan melalui kerjasama agensi-agensi kerajaan negeri termasuk Yayasan Pahang, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri, Majlis Mahasiswa Pahang (Mampan), Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP), pihak IPT terlibat dan wakil-wakil Menteri Besar yang dilantik," jelas beliau.