POKOK SENA - Hasrat tiga rakan yang memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 yang mahu melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) tercapai apabila mengetahui keputusannya pada Ahad.
Muhammad Omar Mokhtar Abdul Rahman, Salmah Aminudin dan Nurasyikin Azizan yang masing-masing berusia 20 tahun datang dari keluarga kurang berkemampuan, melahirkan rasa syukur dan teruja dengan keputusan tersebut.
Muhammad Omar Mokhtar yang ditawarkan menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok berkata, berita gembira itu mengubat dukanya yang gagal melanjutkan pelajaran ke IPT walaupun cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua tahun lalu.
Perkara tersebut berlaku disebabkan kegagalannya mendapatkan kad pengenalan pada usia 12 tahun kerana kad pengenalan ibu kandungnya yang berasal dari Sabah mempunyai beberapa masalah.
Dia kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubor Panjang, Pendang.
"Terima kasih kepada semua pihak yang membantu saya mendapatkan tempat di universiti. Selain tawaran belajar, UUM turut memberikan biasiswa yang sangat membantu meringankan beban keluarga,” katanya ketika ditemui di Kampung Budi, dekat sini pada Isnin.
Kisah Muhammad Omar Mokhtar yang cemerlang STPM, namun bimbang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti kerana tiada kad pengenalan dan kerakyatan yang dilaporkan media pada 5 September lalu telah mendapat perhatian Naib Canselor UUM, Profesor Dr Haim Hilman Abdullah yang hadir menyerahkan surat tawaran memasuki universiti berkenaan.
Sementara itu, Salmah ditawarkan melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda (Pengajian Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Geografi, Sejarah/Kesusasteraan) di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang manakala Nurasyikin di peringkat Sarjana Muda Pengajian Malaysia dengan Pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak.
Menurut Salmah dan Nurasyikin, persediaan rapi akan dilakukan selepas mengetahui tarikh sebenar kemasukan ke universiti.
"Kami juga bersyukur kerana pihak zakat akan memberikan biasiswa bagi menampung pengajian kami di universiti kelak,” kata Nurasyikin.
Pada Ahad, kedua-dua pelajar itu menerima kunjungan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menyifatkan mereka sebagai ikon ketabahan dan kegigihan anak-anak negeri Kedah yang miskin dari luar bandar.

Muhammad Sanusi bersama Salmah (kanan) dan Nurasyikin (kiri) semasa mengunjungi dua pelajar cemerlang tersebut di Pokok Sena pada Ahad. FOTO FB MUHAMMAD SANUSI MD NOR