'Mat Kilau' bantu kempen Pemuda BN menjelang PRU15

Iklan
Adi Putra (kiri) menerima baju Pemuda BN ketika mengunjungi Asyraf Wajdi di pejabatnya di Kuala Lumpur.

SHAH ALAM - Hero filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Datuk Adi Putra akan membantu jentera Pemuda BN untuk berkempen ke setiap negeri menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Adi Putra yang memegang watak Mat Kilau dalam filem epik Melayu yang meraih kutipan lebih RM97 juta itu telah menyatakan kesediaan untuk melapangkan masa bagi membantu BN.

Iklan
Iklan

"Adi Putra juga telah diangkat menjadi ikon Pemuda BN Selangor. Beliau tak dapat bersama dalam Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN baru-baru ini kerana berada di Tanah Suci," katanya dalam hantaran di Facebook beliau pada Selasa.

Menerusi hantaran itu, Asyraf Wajdi berkata, beliau menerima kunjungan pelakon tersohor tersebut yang juga sahabatnya.

Iklan

Beliau turut berkongsi dua keping gambar pertemuan di pejabatnya di Kuala Lumpur termasuk salah satu gambar menunjukkan Adi Putra menerima baju Pemuda BN.

Menurut Asyraf Wajdi, selain mengenai politik, banyak perkara dibincangkan ketika perjumpaan berkenaan.

Iklan

"Hikmah meletupnya filem Mat Kilau, banyak membuka mata anak-anak muda untuk menelaah sejarah tanah air dengan penuh penghayatan," ujarnya.