Netanyahu kena kecam

Iklan
Benny Gantz

TEL AVIV - ISRAEL. Pencabar utama kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam pilihan raya di negara itu mengecam ikrar kontroversi beliau untuk merampas Tebing Barat yang digelar sebagai janji tidak bertanggungjawab semata-mata kerana mahu meraih undi.

Semalam, bekas ketua tentera, Benny Gantz mengutuk keras ikrar dibuat Netanyahu dalam wawancara bersama agensi berita Israel, Ynet.

Iklan
Iklan

"Kenapa tidak bertanya, bagaimana dalam tempoh 13 tahun beliau tidak membuat langkah itu. Saya rasa membuat keputusan seumpama itu ketika kempen pilihan raya adalah tidak serius dan tidak bertanggungjawab. Ia adalah kenyataan tidak bermakna dan memalukan," katanya dalam nada sindiran merujuk kepada tempoh pemimpin itu memegang jawatan sebagai perdana menteri.

Ketika bercakap tentang kedudukannya dalam isu tersebut, Gantz menegaskan beliau menolak sebarang langkah unilateral.

Iklan

"Kami akan berusaha mencapai perjanjian damai di peringkat serantau dan global di samping mengekalkan prinsip asas kami," ujarnya.

Prinsip asas itu termasuk menjaga kawalan keselamatan di Lembah Jordan yang merupakan sebahagian kawasan di Tebing Barat.

Iklan

Lewat kelmarin, Netanyahu menyuarakan rancangan untuk memohon kedaulatan di Kawasan C, Tebing Barat yang dilihat bakal mematikan usaha untuk penyelesaian dua negara terhadap konflik Israel-Palestin.

Janji itu dibuat untuk menarik sokongan pengundi berhaluan kanan menjelang pilihan raya esok. - AFP