Bekas Ketua Jurufoto Bernama meninggal dunia

Iklan
Jenazah Allahyarham Mustaza Mohd Yusof dibawa pulang ke Kampung Lyndon B Johnson (LBJ), Negeri Sembilan untuk dikebumikan selepas selesai dikafankan di Masjid Al-Abrar Bukit Tok Beng pada Selasa. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Jurufoto Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Mustaza Mohd Yusof meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, kira-kira 5 pagi Selasa akibat darah beku dalam paru-paru.

Anak perempuannya, Nurezzatul Aqmar Mustaza ketika dihubungi Bernama pada Selasa, mengesahkan perkara berkenaan.

Iklan
Iklan

"Jenazah sekarang dimandi dan dikafan di Masjid Al-Abrar Kuala Terengganu dan akan dibawa pulang ke Kampung LBJ (Felda), Bandar Enstek, Negeri Sembilan," katanya.

Nurezzatul Aqmar berkata, jenazah bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung LBJ, Negeri Sembilan pada malam ini.

Iklan

Mustaza, 62, meninggalkan seorang balu, empat anak dan dua cucu.

Mustaza yang berkhidmat dengan Bernama selama 38 tahun bersara wajib pada 5 Disember 2020 dengan jawatan terakhirnya sebagai Penolong Pengurus di Bahagian Perkhidmatan Langganan, Jabatan Komersial dan mula bertugas sebagai jurufoto di agensi berita itu pada 1 November 1982. - Bernama

Iklan