COLOMBO - Presiden Sri Lanka Ranil Wickremesinghe pada Selasa berjanji akan mengutamakan pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Singapura semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, di Tokyo.
Dalam pertemuan itu, Wickremesinghe memaklumkan kepada perdana menteri Singapura bahawa pejabat Presiden akan membuka pejabat perdagangan antarabangsa, lapor Xinhua.