SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya mengemukakan usul isu kenaikan harga barang dan kejatuhan mata wang negara dibahaskan di Dewan Rakyat yang akan bersidang pada 3 Oktober ini.
Menurut Anwar, surat bertarikh pada Selasa itu meminta Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Dewan Rakyat mengambil tindakan segera untuk menangani krisis tersebut yang menjejaskan kehidupan rakyat.
"Permasalahan ini ternyata amat memberi kesan kepada rakyat dan negara serta perlu ditangani dengan segera.
"Justeru, saya mencadangkan sama ada kerajaan untuk membawa usul khas terkait permasalahan ini atau memberi laluan kepada saya selaku Ketua Pembangkang untuk mengemukakan usul berkaitan," katanya dalam kenyataan di laman Facebook pada Selasa.
Beliau turut mencadangkan supaya permasalahan itu diberi keutamaan untuk dibahaskan dalam minggu pertama sidang Parlimen akan datang.