Rafizi lancar petisyen bantah PRU15

Iklan
Rafizi melancarkan Petisyen Bantahan PRU15 Semasa Banjir: Selamatkan Nyawa Bukan Jawatan menerusi https://www.change.org/p/bantah-pru15-semasa-banjir-selamatkan-nyawa-bukan-jawatan dengan 2,780 tandatangan telah diterima setakat jam 7 malam Selasa.

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli melancarkan petisyen pada Selasa bagi membantah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan semasa banjir.

Rafizi menjelaskan hanya suara rakyat yang dapat menghantar isyarat jelas bahawa mereka mahukan ahli politik untuk menumpukan perhatian menghadapi bencana banjir dan bukannya mengejar jawatan-jawatan politik melalui pilihan raya.

Iklan
Iklan

"Saya hanyalah seorang rakyat. Dengan bantuan ratusan ribu suara rakyat yang lain, suara kita bersama akan didengari oleh ahli politik," katanya dalam kenyataan di laman Facebook beliau pada Selasa.

Dalam pada itu, Rafizi memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendapat tekanan hebat dari UMNO untuk mengadakan PRU15 secepat mungkin.

Iklan

"Jika Parlimen dibubarkan dalam masa sebulan dari sekarang, PRU15 akan diadakan semasa musim banjir. Semua laporan kaji cuaca meramalkan bencana banjir yang lebih parah tahun ini.

"Belum pun musim tengkujuh sampai, kejadian banjir kilat terus berlaku di tempat-tempat yang sebelum ini tidak mengalami bencana banjir yang teruk," ujarnya.

Iklan

Tambah beliau, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendabik dada bahawa UMNO sanggup meredah banjir demi PRU15 yang lebih awal.

"Semua parti politik akan bersedia secukupnya apabila PRU15 dipanggil. Isunya bukanlah soal parti-parti politik gah berkempen walaupun menghadapi banjir.

"Isu pokok ialah semua pihak perlu menggembleng tenaga untuk menghadapi banjir dan semua perkara yang boleh ditangguhkan atau dielakkan, wajarlah ditangguhkan dahulu," katanya.

Menurutnya, PRU15 semasa banjir bermakna lebih RM1 bilion akan digunakan untuk menguruskan pilihan raya.

"Sedangkan dana rakyat itu lebih baik disalurkan kepada usaha menangani bencana.

"Ia juga bermakna beratus ribu penjawat awam perlu bertugas untuk mengendalikan pilihan raya malahan mereka wajar bersama-sama sukarelawan membantu mangsa banjir," ujarnya lagi.

Petisyen Bantahan PRU15 Semasa Banjir: Selamatkan Nyawa Bukan Jawatan menerusi https://www.change.org/p/bantah-pru15-semasa-banjir-selamatkan-nyawa-bukan-jawatan dengan 2,780 tandatangan telah diterima setakat jam 7 malam Selasa.