Kerajaan disaran sediakan RM5 bilion beli tanah rezab Melayu

Iklan
Aminuddin

KUALA LUMPUR - Peruntukan sehingga RM5 bilion setahun wajar disediakan kerajaan untuk tujuan pembelian semula tanah-tanah rezab Melayu.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahaya berkata, langkah itu bagi menambahkan peratusan tanah rezab Melayu yang semakin berkurangan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, daripada 50 peratus tanah rezab Melayu, kini dikatakan hanya tinggal 12 peratus sahaja sejak Merdeka.

"Jadi saya mencadangkan agar kerajaan memberikan peruntukan sewajarnya mungkin RM1 bilion hingga RM5 bilion setahun untuk membeli balik tanah-tanah rezab Melayu yang dikata mahu diganti tapi tidak diganti.

Iklan

"Terutama di tempat-tempat strategik seperti di Jalan Tunku Abdul Rahman, Bukit Bintang, Jalan Ampang, ini semua asalnya adalah tanah-tanah rezab Melayu. Jadi kita beli semula.

"Ia bukan perkara yang tidak mampu dilakukan. Kita ada macam-macam agensi yang diberikan peruntukan. Jadi bukan satu bajet yang besar untuk berikan sekitar RM1 hingga RM5 bilion untuk kerajaan beli balik dan jadikan sebagai tanah rezab Melayu," katanya dalam sidang akhbar bersama Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) pada Selasa.

Iklan

Pada masa sama, beliau turut mencadangkan agar kerajaan memperuntukkan RM200 juta menerusi Bajet 2023 bagi pembangunan sosio budaya Melayu agar tidak luput ditelan zaman.

Katanya, peruntukan tersebut bagi membangunkan dan uar-uarkan kembali tentang kebudayaan, sejarah, peradaban orang Melayu.

"Seperti yang kita tahu apa yang berlaku di Sungai Batu (Lembah Bujang, Kedah) adalah sejarah yang cukup besar tapi kerajaan tak berikan peruntukkan yang secukupnya jadi ini satu kerugian

"Kalau di barat, sejarah mereka, mereka berikan begitu banyak peruntukan tapi di negara kita tak berikan yang sewajarnya, jadi akhirnya kita tidak tahu sejarah kita," jelasnya.

Selain itu, beliau turut mencadangkan agar kerajaan menghapuskan semua pinjaman pelajaran Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagai inisiatif membantu mengurangkan beban golongan pelajar Bumiputera yang tiada pekerjaan.