11 maut bas terjunam longkang

Iklan
Keadaan bas yang terjunam ke dalam longkang sedalam 10 meter di Jalan S8 Pekeliling berdekatan MAS Kargo, KLIA, malam tadi.

SEPANG - [DIKEMASKINI] Sebelas maut apabila bas dinaiki terjunam ke dalam longkang sedalam 10 meter di Jalan S8 Pekeliling berdekatan MAS Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi

Dalam kejadian jam 11.10 malam itu, lapan warga asing dan pemandu bas tempatan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi mangsa warga asing meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Serdang dan Hospital Putrajaya.

Iklan
Iklan

Ketua Polis KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah berkata, kenderaan berkenaan dalam perjalanan dari Nilai, Negeri Sembilan ke tempat kerja penumpang terbabit sebelum ia hilang kawalan dan terhumban dalam longkang itu.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati, bas itu membawa 43 penumpang warga asing yang juga pekerja kontrak MAS Kargo.

Iklan

"Kesemua pekerja terbabit sepatutnya masuk bekerja pada shif 12 tengah malam.

"Penumpang yang cedera dihantar ke hospital di Serdang, Putrajaya, Banting dan Kajang untuk rawatan," katanya.

Iklan

Zulkifli berkata, punca kejadian masih disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.