Maghribi ikat Paraguay selepas benam Chile

Iklan
Aksi persahabatan Maghribi menentang Paraguay berkeputusan seri tanpa jaringan. - Foto Agensi

MAGHRIBI mempamerkan aksi menakjubkan dan hampir mencipta kejutan ketika mengikat Paraguay tanpa jaringan dalam aksi persahabatan di Sepanyol pada Rabu.

Maghribi yang dalam aksi pemanas badan menjelang Piala Dunia di Qatar pada November menewaskan Chile 2-0 di Barcelona pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Mereka menembusi gawang Paraguay pada babak kedua namun jaringan Ryan Mmaee dibatalkan susulan ofsaid dalam aksi yang berlangsung di Stadium Benito Villamarin milik Real Betis.

Maghribi juga terpaksa bekerja keras bagi mengekalkan rekod tanpa bolos selepas pemain Paraguay, Miguel Almiron beberapa kali menembusi pertahanan namun dihampakan penyudah tumpul.

Iklan

Maghribi beraksi dalam Kumpulan F di Piala Dunia bersama Belgium, Kanada dan Croatia.

Dalam perlawanan lain, tuan rumah Piala Dunia, Qatar terselamat daripada kekalahan selepas Alexis Sanchez gagal menjaringkan penalti lewat permainan buat Chile dalam aksi di Vienna yang berakhir 2-2.

Iklan

Iran pula mengikat juara Afrika, Senegal 1-1 selepas Sardar Azmoun yang masuk sebagai pemain gantian menjaringkan gol penyamaan manakala Amerika Syarikat hanya mampu seri 0-0 dengan Arab Saudi di Murcia, Sepanyol.