MRT laluan Kajang lewat, kerja baik pulih dijalankan

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Rapid Rail Sdn Bhd memaklumkan kerja baik pulih dijalankan di sekitar MRT Laluan Kajang di antara Stesen Cochrane menghala Kawasan Damansara bagi menyelesaikan masalah kelewatan perkhidmatan yang berlaku pagi Selasa.

Rapid Rail dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, pihaknya kini sedang menyelaraskan kembali perkhidmatan dan jadual tren itu sehingga kembali normal.

Iklan
Iklan

Sementara itu, orang ramai meluahkan kekecewaan terhadap situasi berkenaan yang menyebabkan mereka terpaksa bersesak dan menghadapi kelewatan ke tempat kerja.

Seorang pengguna akaun Facebook bernama Delfino Lee menyatakan masalah kelewatan perkhidmatan tersebut yang sering berlaku merupakan punca dia menjadi malas untuk ke pejabat.

Iklan

Dalam pada itu, pengguna Facebook bernama Ray Mai mempersoalkan mengapa perkhidmatan itu tidak sebaik ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik Covid-19 dahulu.

"Mengapa MRT tak boleh datang setiap tiga minit pada ‘peak hour’,” soalnya.

Iklan

Pada masa yang sama, Rapid KL turut menyatakan bahawa terdapat perubahan sementara kelajuan tren bagi perkhidmatan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling di antara Stesen Hang Tuah menghala Plaza Rakyat.