Treler bawa papan solar terbalik

Iklan
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat

SEREMBAN - Sebuah treler membawa muatan papan solar terbalik dalam kemalangan dengan sebuah Perodua Axia di Lebuhraya Bukit Nenas menghala ke Sendayan (atas jejambat Bukit Kepayang) berdekatan Plaza Tol Seremban-Labu di sini pada Rabu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan berkata, kejadian pada jam 6.42 pagi itu menyebabkan pemandu treler tersepit.

Iklan
Iklan

"Pemandu treler berusia 51 tahun yang tersepit dan cedera pada bahagian kepala, tangan serta kaki berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba.

"Pemandu Perodua Axia seorang wanita berusia 31 tahun berjaya keluar sendiri dari kereta dan tidak mengalami kecederaan,"katanya

Treler membawa muatan papan solar terbalik dalam kemalangan dengan sebuah Perodua Axia di Lebuhraya Bukit Nenas. - Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika kereta Perodua Axia bergerak dari arah Bandar Seremban menghala ke arah Seremban 2, manakala lori treler itu pula bergerak dari arah Sepang menghala ke Melaka.

"Kejadian itu menyebabkan berlaku tumpahan minyak diesel di atas jalan raya, kerja-kerja pembersihan dilakukan oleh pihak bomba," katanya.

Iklan

Jelasnya, atas faktor keselamatan, jalan tersebut ditutup kepada kenderaan untuk dilalui sehingga kerja pembersihan selesai.

Tambah Nanda, pengguna jalan raya boleh memggunakan laluan alternatif Jalan Persiaran Utama Seremban 2 dan laluan dari Sendayan ke Bandar Seremban dilencongkan ke susur lampu isyarat Bukit Kepayang," katanya.