KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan seorang lelaki warga Bangladesh bagi membantu siasatan berhubung kes samun pada 2017 di Jalan Tun Sambanthan di sini.
Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dalam satu kenyataan memaklumkan, lelaki itu ialah Mohammed Kazi Kamrul iaitu pengadu kepada kes berkenaan dengan nombor pasport BL 0885743 dan beralamat terakhir di 223, Tingkat 2 Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur,