Ular sawa 80kg kenyang telan kambing

Iklan
Kehadiran reptilia sepanjang enam meter dan seberat 80kg ditemui pemilik kambing di dalam kandang tersebut.

KULAI - Seekor ular sawa yang kekenyangan selepas menelan seekor kambing di dalam kandang di Felda Inas di sini pada Rabu berjaya ditangkap anggota bomba.

Kehadiran reptilia sepanjang enam meter dan seberat 80 kilogram (kg) ditemui pemilik kambing di dalam kandang tersebut.

Iklan
Iklan

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Fidaus Juritah berkata, panggilan mengenai kejadian itu diterima pada jam 7.21 pagi.

Menurutnya, seramai lapan anggota bergegas ke lokasi dan menemui reptilia itu berada di dalam kandang kambing tersebut.

Ular sawa sepanjang enam meter yang kekenyangan selepas menelan seekor kambing di Felda Inas Kulai pada Rabu.

Iklan

Anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit menangkap ular tersebut menggunakan penjerut.

"Ular tersebut kemudiannya dilepaskan ke kawasan yang jauh daripada penempatan," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Iklan