Hannah Yeoh mencipta nama sebagai Speaker Dewan Negeri Selangor yang ke-10 mulai tahun 2013. Beliau merupakan wanita pertama menjadi speaker di mana-mana Dewan Undangan Negeri di Malaysia, juga orang yang termuda dilantik ke jawatan itu.
Beliau kini menjadi Ahli Parlimen Segambut mewakili DAP. Pernah menjadi Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sewaktu era kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Iklan
Iklan
Mewakili suara muda dalam DAP, Hannah juga banyak menyuarakan pandangan mengenai soal hubungan kaum, kesejahteraan dan keselamatan wanita serta korupsi juga salah guna kuasa.
Hannah akan bercakap tentang hala tuju baharu parti, cabaran yang dihadapi wanita dalam politik dan masa depan Malaysia termasuk pelbagai kontroversi yang dikaitkan dengan dirinya dalam Bersama Johan Jaaffar di semua platform media sosial Sinar Harian.