Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri AS letak jawatan

Iklan
Kirstjen Nielsen - Foto Getty Images

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT . Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (AS) Kirstjen Nielsen mengumumkan peletakan jawatannya semalam.

Langkah itu dianggap oleh pemerhati ada kaitan dengan kemarahan Presiden Donald Trump berhubung isu pencerobohan sempadan AS oleh pendatang Amerika Tengah.

Iklan
Iklan

Pemergiannya mengakhiri hubungan penuh seksa dengan Trump, yang dilaporkan menyalahkannya ekoran kemasukan pendatang asing yang ramai di sempadan selatan AS, selain merasakan beliau tidak cukup kuat untuk melaksanakan kekerasan diarahnya.

Sepanjang 18 bulan mengetuai agensi itu, Nielsen sinonim dengan dasar kontroversi mengasingkan kanak-kanak pendatang daripada ibu bapa mereka, menjadikan beliau sasaran kumpulan progresif dan pembangkang Demokratik yang berulang kali mendesaknya meletak jawatan.

Iklan

Peletakan jawatan Nielsen dilaporkan kali pertama oleh CBS News dan sumber kanan memberitahu, Trump meminta Nielsen meletakkan jawatan dan ditunaikan wanita itu.

"Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Kirstjen Nielsen akan meninggalkan jawatannya, dan saya ingin mengucapkan terima kasih untuk khidmatnya,” kata Trump di Twitter.

Iklan

Katanya, Pesuruhjaya Kastam dan Perlindungan Sempadan Kevin McAleenan akan memangku tugas itu.

Trump menjadikan dasar menghapuskan pendatang haram sebagai objektif utama sepanjang menyandang jawatan presiden dan berusaha mengurangkan kemasukan pendatang asing, termasuk dari Mexico dan Amerika Tengah. - AFP