JKR bersih longkang punca banjir kilat

Iklan
Muhd Azmi menunjukkan longkang yang rosak dan dipenuhi sampah punca banjir kilat sehingga melimpah ke premisnya.

KUALA PILAH - Keadaan longkang yang tersumbat dipercayai menjadi punca kejadian banjir kilat di Kampung Bukit Temensu, Jalan Kuala Pilah-Tampin, Selasa lalu.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Pilah, Syahrul Nizam Saleh berkata, sebagai tindakan awal, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan longkang tersebut pada Khamis lalu bagi membolehkan air longkang tersebut mengalir.

Iklan
Iklan

Menurutnya, selain itu kerja-kerja pembaikan longkang di kawasan berkenaan turut dijangka dilakukan bermula hari ini.

"Penyelenggaraan longkang di situ adalah di bawah seliaan JKR melalui syarikat konsesi yang telah dilantik.

Iklan

"JKR Daerah Kuala Pilah telah membuat lawatan dan mendapati terdapat longkang yang telah rosak dan patah di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.



Longkang yang telah dibersihkan.

Iklan

Syahrul Nizam berkata, JKR Daerah Kuala Pilah telah mengeluarkan arahan kepada syarikat konsesinya bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan tersebut.

Sebelum ini pada Khamis lalu, seorang peniaga makanan ternakan di Batu 1, Kampung Bukit Temensu, rugi hampir RM20,000 selepas premisnya ditenggelami air akibat hujan lebat.

Pemiliknya, Muhd Azmi Hashim, 35, berkata, dia mengetahui premisnya ditenggelami air setelah dihubungi jiran kira-kira jam 7.50 malam sebelum bergegas ke lokasi.

Katanya, stok jualannya tidak sempat diselamatkan terutamanya yang berada di lantai premis selain keadaan air mencecah hampir 0.5 meter.