KUALA LUMPUR (KL) City FC menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri untuk membenam Sarawak United 5-0 pada aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi..
KL City tidak mendahului seawal minit ke-28, menerusi jaringan pemain import Brazil, Paulo Josue sebelum selang seminit kemudian, Sarawak United terus terkedu selepas rembatan deras luar kawasan penalti pemain KL, Ryan Lambert gagal diselamatkan penjaga gol, Sharbinee Allawee.
Ryan kemudian bertindak menambah jaringan pasukan, selepas sekali lagi menghasilkan rembatan luar kawasan penalti, yang sukar diselamatkan Sharbinee pada minit ke-41.
Membuktikan beliau mempunyai kepakaran dalam melepaskan rembatan luar kawasan penalti, Ryan mencetak hatrik dengan corak jaringan sama pada minit ke-53, sekali gus menghukum Sarawak United untuk kesekian kalinya.
Memasuki babak terakhir perlawanan, giliran pemain import Ghana Jordan Mintah menceriakan KL apabila menyempurnakan bola leret D. Kenny Palraj dalam kawasan penalti pada minit ke-84 untuk gol kelima pasukan.
Keputusan tersebut menyaksikan Sarawak United kekal berada di tangga ke-11 Liga Super dengan mengumpul 14 mata menemani Penang FC di tangga tercorot dengan 10 mata. - Bernama