Kerusi pengkhianat mana diintai Anwar?

Iklan
Anwar Ibrahim - Foto: Bernama

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa beliau akan meninggalkan kerusi Port Dickson dan bakal bertanding di Parlimen di mana wakil rakyatnya sekarang adalah pengkhianat PKR.

Anwar menjelaskan beliau meninggalkan Port Dickson kerana PH lebih kuat dan berpotensi besar untuk mempertahankan kerusi berkenaan biarpun ditandingi oleh pemimpin lain.

Iklan
Iklan

Jika dilihat kepada kenyataan ini, terdapat beberapa kerusi yang diintai oleh Presiden PKR itu dan menjadikan ia sebagai kerusi ‘panas’ pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Antara kawasan mungkin ditandingi Anwar termasuklah kerusi Parlimen Gombak, Ampang, Indera Mahkota, Batu Pahat, Bandar Tun Razak dan Nibong Tebal.

Iklan

"Jadi saya berkemungkinan besar akan memilih kawasan dimenangi oleh pengkhianat parti untuk ditandingi pada PRU15 nanti," katanya ketika sesi dialong Sembang Kencang Kelab Wartawan KLS bersama Anwar di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

Walaupun Anwar mahu bertanding di kerusi pengkhianat PKR, ia tidaklah mudah kerana kebanyakan ahli Parlimen ini merupakan nama besar dan ada di antaranya telah memenangi kerusi terbabit lebih satu penggal.

Iklan

Selain daripada itu, ahli Parlimen ini sudah tentu mempunyai pengaruh dalam kalangan pengundi di kawasan mereka.

Jadi, tidak mustahil Presiden PKR itu bakal mendapat tentangan yang sengit jika beliau benar-benar mahu bertanding di kerusi terbabit.

Anwar berkemungkinan akan memikirkan semasak-masaknya sebelum mahu bertanding di kawasan berkenaan.

Malah ada kemungkinan juga beliau akan membuat ‘pusingan U’ dengan mempertahankan kerusi Port Dickson atau bertanding semula di Permatang Pauh pada PRU15 nanti.