AS umum pelan berbilion dolar perangi obesiti

Iklan
Lebih 40 peratus penduduk Amerika Syarikat mengalami masalah obesiti. - Foto AFP

WASHINGTON - Rumah Putih pada Rabu mengumumkan satu pelan kebangsaan akan dirangka bagi menamatkan masalah kelaparan dan obesiti atau kegemukan di Amerika Syarikat (AS).

Pelan itu juga melibatkan kerajaan, Kongres AS, syarikat-syarikat swasta untuk mencapai matlamat bagi menamatkan kelaparan dan mengurangkan penyakit berkaitan diet di negara tersebut menjelang tahun 2030.

Iklan
Iklan

Syarikat-syarikat makanan segera seperti Burger King berjanji akan menyumbangkan berbilion-bilion dolar dalam pelan tersebut.

Ia diumumkan ketika Presiden AS, Joe Biden menganjurkan apa yang disebut-sebut oleh pentadbirannya sebagai sidang kemuncak besar Rumah Putih pertama mengenai makanan dan diet sejak Richard Nixon menjadi Presiden negara itu lebih setengah abad yang lalu.

Iklan

Hampir 42 peratus golongan dewasa AS secara teknikalnya obesiti dan kira-kira 10 peratus isi rumah AS mengalami masalah kekurangan makanan, menurut statistik kerajaan terkini.

Pemberita-pemberita diberitahu dalam satu taklimat bahawa komitmen untuk menyalurkan dana sebanyak AS$8 bilion (RM37 bilion) dibuat oleh sektor awam dan swasta dan ia melibatkan lebih 100 organisasi termasuk hospital, syarikat teknologi dan pemain industri makanan.

Iklan

Rumah Putih menyatakan bahawa diet yang tidak baik adalah di sebalik kes-kes penyakit yang semakin meningkat seperti diabetes jenis 2, obesiti, hipertensi dan kanser tertentu di negara tersebut. - Agensi