Pemain kad Panini pertama meninggal dunia

Iklan
Bolchi pada kad Panini 1961.

BEKAS tonggak tengah Itali dan Inter Milan, Bruno Bolchi, pemain dalam album kad Panini pertama dicetak 1961, meninggal dunia pada usia 82 tahun, kata pengeluar pelekat itu di Twitter.

Untuk rekod, Panini Group, syarikat Itali berpangkalan di Modena, terkenal dengan album pelekat kad para pemain dan pasukan Piala Dunia sejak 1970.

Iklan
Iklan

Siri koleksi pelekat itu kini kembali popular di seluruh dunia menjelang Piala Dunia 2022 di Qatar hujung tahun ini.

Di Argentina, kad itu menjadi rebutan para peminat menyebabkan negara gila bola sepak tersebut kecoh berikutan banyak kedai kehabisan stok.

Iklan
Iklan