Ubat gigi jenama Mismis miliki ekstrak koko

Iklan
Inovasi ubat gigi Mismis bersumberkan 99.9 peratus bahan semulajadi.
RAMAI kini mementingkan kandungan dalam ubat gigi. Sebilangan pengguna kini menitik beratkan ubat gigi yang bukan sahaja halal, malah selamat dan memberikan kesegaran mulut serta berupaya memastikan kesihatan oral berpanjangan.

Biarpun, perlu bersaing dengan jenama ubat gigi sedia ada ada dalam pasaran, Pengarah Urusan NFA Technologies Sdn Bhd, Noormawarni Nordin yakin ubat gigi jenama Mismis yang dikomersialkan tidak kurang hebat kerana penghasilannya berasaskan sebahagian ekstrak koko iaitu koko-polifenol.

"Kandungan bahan aktif koko-polifenol dalam produk tersebut bertindak sebagai agen antibakteria yang dapat melindungi gigi secara menyeluruh.

"Selain itu produk ini memiliki rasa dingin daun pudina yang dapat memberikan dua kali kesegaran nafas berpanjangan. Terdapat juga ekstrak bunga cengkih bagi membantu mengurangkan kesakitan pada gigi sensitif.

"Pendek kata, inovasi ubat gigi dibangunkan ini bersumberkan 99.9 peratus bahan semula jadi," katanya.

Tambahnya, penghasilan ubat gigi Mismis adalah dengan kerjasama Lembaga Koko Malaysia menerusi aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh saintis, Dr Azila Abdul Karim.

Memenuhi permintaan ubat gigi halalNoormawarni berkata, penghasilan ubat gigi Mismis bagi penuhi permintaan untuk ubat gigi halal dengan kandungan bahan semula jadi.

Mengulas mengenai NFA Technologies Sdn Bhd, katanya, syarikat ini ditubuhkan pada 2014 dan menumpukan pada usaha menyelidik, mengeluarkan dan memasarkan ubat gigi berasaskan bahan dan herba semula jadi seperti polifenol koko, cengkih, minyak zaitun dan seumpamanya.

"Syarikat menyasarkan pasaran komersial dalam dan luar negara bagi memenuhi permintaan ubat gigi halal untuk kegunaan seisi keluarga.

"Kami telah bekerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia dalam penyelidikan, pemprosesan dan penyelenggaraan penggunaan polifenol koko sebagai bahan mentah utama berkualiti tinggi dalam pembuatan ubat gigi semula jadi Mismis.

Proses R&D ambil masa tiga tahun

"Proses R&D ambil masa tiga tahun bagi mendapatkan formula terbaik. Pada 2018, produk ini telah pun memasuki pasaran termasuk pasaran e-dagang,” katanya.

Tambahnya, syarikat dibimbing di bawah program simbiosis kelolaan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC).

"Program di bawah MTDC ini memilih lepasan siswazah dan usahawan sedia ada untuk dijadikan ‘technopreneur’ dengan mengkomersialkan produk berteknologi yang dihasilkan di institut penyelidikan atau universiti melalui penyediaan bantuan kewangan, latihan dan bimbingan berterusan.

"Idea penghasilan ubat gigi Mismis ini tercetusnya apabila kami mencari produk berasaskan bahan semula jadi yang sesuai dan sering digunakan orang ramai setiap hari," katanya.

Berjaya tembusi pasaran MaghribiBagi mengukuhkan lagi kedudukan jenama Mismis di pasaran, katanya, syarikat menyasarkan untuk menembusi lebih banyak pasar raya, farmasi dan pengedar runcit di seluruh negara.

"Buat masa ini, Mismis telah berjaya menembusi pasaran Maghribi, pada masa akan datang kami bercita-cita luaskan pasaran ke Negara Timur Tengah, Afrika dan China,” katanya.

Jelasnya, kini syarikat giat mempromosikan kesedaran penggunaan bahan semula jadi seperti polifenol koko untuk meluaskan lagi pasaran.

"Jenama Mismis telah dikilangkan oleh kumpulan syarikat yang disahkan memiliki sijil Halal dan Good Manufacturing Practice - GMP (Amalan Pengilangan Baik).

"Matlamat kami ialah untuk jadikan syarikat ini sebuah syarikat berinovasi, maju dan berdaya saing dalam mengeluarkan produk bermutu tinggi dan setanding produk antarabangsa,” katanya.

Melawan bakteriaNoormawarni berkata, ubat gigi Mismis berperisa pudina sejuk ekstra terbukti berkesan merencatkan pertumbuhan bakteria penyebab nafas berbau dan penyebaran karies gigi.

Penggunaan bahan aktif ini dapat menghindarkan permulaan gigi berlubang dan pembentukan karies.

Beri tujuh kali perlindungan

"Ubat gigi Mismis berupaya beri tujuh kali perlindungan dan melawan bakteria yang boleh menyebabkan gejala-gejala yang dinyatakan.

"Ia diformulasikan tanpa bahan kimia seperti paraben dan pewarna sintetik. Diperbuat daripada bahan mentah gred makan yang selamat jika tertelan semasa memberus gigi terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

"Ubat gigi Mismis tanpa fluorida daripada ekstrak polifenol koko premium terpilih dengan campuran ramuan herba semula jadi seperti cengkih dan minyak zaitun ini akan membantu mengekalkan gigi sihat," katanya.

Pek kembara Terkini, jenama Mismis telah mengeluarkan pelbagai jenis berus gigi dengan pilihan berus lembut dan separa lembut.

"Didatangkan dalam warna menarik. Malah, terdapat pek kembara 4 dalam 1, memudahkan pengguna membawa produk Mismis ketika mengembara.

"Diperbuat daripada nilon berkualiti tinggi dan tidak pernah diuji pada haiwan, berus gigi ini selamat digunakan.

"Berus gigi Mismis jenis lembut ini juga dapat berikan tiga kali perlindungan pada gusi dengan melindunginya daripada kecederaan, memberikan rasa selesa serta menghilangkan bakteria dan plak,” katanya.

Tambahnya, permintaan ubat gigi khas bagi kanak-kanak amat menggalakkan kini.Justeru katanya, Mismis akan mengeluarkan rangkaian ubat kanak-kanak tanpa fluorida bersama berus gigi.