PRK Sandakan: Amanah Sabah komited bantu calon DAP

Iklan

KOTA KINABALU - Amanah Sabah akan menggerakkan seluruh jentera dan anggota untuk memastikan kemenangan calon PH daripada DAP pada PRK Sandakan, 11 Mei ini.

Pengerusinya, Haris Alimudin berkata Amanah juga berkeyakinan DAP akan meletakkan calon berwibawa dan mampu menggalas tanggungjawab kepada rakyat seperti yang dilaksanakan oleh mendiang penyandang Datuk Stephen Wong Tien Fatt.

Iklan
Iklan

Sepanjang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Sandakan, mendiang Wong memberikan khidmat terbaik kepada rakyat, katanya dalam kenyataan hari ini.

Kerusi Parlimen Sandakan kosong selepas Wong, 65, yang juga Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah merangkap Pengerusi DAP Sabah meninggal dunia akibat serangan jantung pada 28 Mac lepas. - Bernama

Iklan
Iklan