Sang Kenari perkemas benteng menjelang aksi menentang PJ City

Iklan
Gonzalez (kanan) menjaringkan gol semasa membantu KDA FC menewasjan Selangor FC 3-1 pada saingan Liga Super. Foto KDA FC

TONGGAK import pertahanan Kedah Darul Aman (KDA) FC, Marc Vales Gonzalez menggesa rakan-rakannya untuk terus memperkemaskan lagi benteng pasukan tersebut menjelang aksi Liga Super 2022 menentang Petaling Jaya City FC pada Sabtu ini.

Dia yang baharu pulang dari tugasan antarabangsa bersama pasukan kebangsaan Andorra percaya, motivasi semua pemain Sang Kenari berada tahap terbaik untuk terus meraih tiga mata selepas mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut sebelum ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, gandingan dan persefahamam pemain di posisi pertahanan juga bertambah baik berbanding aksi pada awal musim yang mendapat kritikan penyokong bola sepak Kedah.

"Kami kini lebih bermotivasi selepas berjaya memenangi tiga perlawanan berturut-turut dan momentum berkenaan dilihat cukup baik dalam meneruskan misi pada musim ini.

Iklan

"Sudah pasti kami mahu memburu kemenangan sekali lagi di laman sendiri, dan hanya mata kemenangan dapat menentukan kami berada di posisi terbaik hingga hujung liga nanti," kata Gonzalez ketika ditemui pemberita pada Rabu.

Kapten pasukan kebangsaan Andorra berusia 32 tahun ini berkata, posisi pertahanan KDA FC menjadi perhatian sebelum ini disebabkan kekalahan besar dalam beberapa perlawanan pada awal musim.

Iklan

"Kami mahu beraksi dengan kekuatan benteng yang sebenar di ruang pertahanan dan saya sangat berharap kami dapat mengukuhkan lagi kedudukan itu.

"Saya kini kembali bersama pasukan selepas bekerja keras untuk pulih daripada kecederaan. Saya akan beri aksi terbaik dengan harapan penyokong kembali meningkatkan sokongan mereka untuk pasukan," ujar Gonzalez lagi.