Jawatankuasa Teknikal teliti isu kekurangan bekalan telur

Iklan
Isu kesukaran mendapatkan bekalan telur ayam di sesetengah kawasan akan dibincangkan pada Isnin ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Isu kesukaran mendapatkan bekalan telur ayam di sesetengah kawasan akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal di bawah Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi pada Isnin ini (3 Oktober), kata anggota pasukan khas itu, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi ke-19 di sini pada Khamis beliau berkata, pasukan itu telah diberi laporan berhubung kekurangan bekalan telur gred A,B,C dan D di pasaran.pasukan

Iklan
Iklan

Media sebelum ini melaporkan bekalan telur sukar didapati di Langkawi, Kedah; Jerantut, Pahang; dan Hulu Terengganu di Terengganu.

Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Azman Mohd Yusof baru-baru ini dilaporkan berkata, masalah kekurangan bekalan telur ayam bukan satu krisis, tetapi disebabkan masalah teknikal, selain memberi jaminan isu berkenaan akan dapat ditangani dan diselesaikan dalam tempoh yang singkat.

Iklan

Sementara itu, Mustapa berkata, bekalan dan harga ayam di peringkat borong dan runcit berada dalam keadaan stabil, dengan harga purata ayam standard bersih berada pada paras RM8.78 sekilogram. - Bernama



Iklan