JOHOR BAHRU - Video memaparkan seorang individu membuang bungkusan sampah ke dalam sungai dipercayai di Sungai Wak Rabun, Pontian tular sejak tengah hari Khamis.
Video berdurasi 36 saat itu memaparkan seorang lelaki menaiki sebuah lori yang membawa bungkusan dipercayai sampah berhenti di atas jambatan.
Iklan
Iklan
Lelaki terbabit kemudiannya membuang bungkusan yang cukup besar itu ke dalam sungai berkenaan.
Video yang dimuat naik di laman sosial itu turut dikongsi di beberapa portal dan menarik perhatian ramai termasuk Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Menerusi maklum balas diberikan Kamarul Zaman, pihaknya akan mengambil tindakan segera terhadap perkara tersebut.
Sementara itu, rata-rata pengguna media sosial mahu lelaki terbabit dikesan dan dikenakan tindakan sewajarnya kerana perbuatannya mencemari sungai.
Ada juga yang mahu tindakan susulan diambil dan dilaporkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS).