HANNAH Yeoh mencipta nama sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang ke-10 pada tahun 2013. Lebih manis, beliau merupakan wanita pertama dan termuda pernah dilantik ke jawatan itu di Malaysia.
Pernah menjadi Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sewaktu era kerajaan Pakatan Harapan (PH), Ahli Parlimen Segambut mewakili DAP itu menjadi antara suara muda dalam parti yang lantang dalam menyuarakan pandangan mengenai soal hubungan kaum, kesejahteraan dan keselamatan wanita, korupsi serta salah guna kuasa.