Penantian lima tahun berakhir
Iklan
Rahimah (tengah) bersama anak, Norhayati Mohamad Zain, 41 (kanan) dan menantu, Noatiqi Rasidi, 37 (kiri) melangkah masuk ke rumah mereka selepas Majlis Penyerahan Rumah Dhuafat di Kampung Kutan Tengah pada Khamis.
TUMPAT - Penantian lima tahun warga emas, Rahimah Salleh, 71, untuk memiliki rumah baharu berakhir selepas menerima kunci kediaman itu pada Khamis.
Rahimah yang tinggal bersama dua anak dan menantu serta enam cucu bersyukur kerana dapat berpindah dari rumah lamanya yang berusia lebih 50 tahun.
Iklan
Iklan
Katanya, permohonan yang dibuat lima tahun lalu diterima tetapi pembinaan terpaksa ditangguhkan akibat Covid-19.
"Alhamdulillah syukur kerana kami kini dapat tinggal di rumah yang lebih selesa. Saya memohon rumah baharu kerana kediaman sebelum ini sudah uzur," katanya.
Iklan
Rahimah ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Rumah Dhuafat di Kampung Kutan di sini pada Khamis.
Majlis disempurnakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pekan.
Iklan
Menurut warga emas berkenaan, sejak kematian suami 16 tahun lalu, dia membesarkan anak-anak dengan pendapatan sebagai pekerja kantin di sekolah berdekatan.
"Rumah baru tiga bilik ini membolehkan kami sekeluarga melakukan aktiviti harian dengan selesa tanpa perlu bimbang berlaku kerosakan," katanya.
Seramai 65 duta dakwah dalam kalangan anak muda dilahirkan oleh Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd dengan kerjasama Masjid Imanul Fa'izin melalui Program Umrah Percuma Anak Muda Jati Kelantan yang bermula 29 Disember lalu dan melabuhkan tirainya pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin
Sepanjang dua minggu di Makkah dan Madinah kesemua peserta yang terdiri daripada 29 perempuan dan 36 lelaki masing-masing berusia antara 20 hingga 35 tahun itu bukan sahaja fokus kepada ibadah umrah semata-mata namun mereka turut disajikan dengan makanan rohani menjadikan mereka insan yang berguna kepada agama, bangsa serta negara.
Mutawif dari Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Ahmad Junaidi Omar berkata, pelbagai pengisian telah diaturkan untuk anak-anak muda sekali gus berbeza dengan jemaah umrah yang lain.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/706435/edisi/kelantan/andalusia-lahirkan-duta-dakwah-dalam-kalangan-anak-muda
Muzik: Happiness dari www.bensound.com