SEPANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selamat tiba di tanah air malam ini selepas menamatkan lawatan kerja ke New York dan Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Pesawat yang membawa Perdana Menteri dan delegasinya tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 10.30 malam ini.
Perdana Menteri melawat New York dan UAE masing-masing selama empat hari.
Beliau disambut ratusan yang hadir di KLIA sebagai wira Bahasa Melayu kerana mencatatkan sejarah, apabila berucap dalam bahasa kebangsaan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York.
Antara yang hadir ialah kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka bersama wakil Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), yang membawa plakad antaranya"Ismail Sabri Wira Negara Angkat Bahasa Negara di Pentas Dunia”.
Di UNGA yang menghimpunkan lebih 150 pemimpin dunia untuk acara tahunan itu, Ismail Sabri menyampaikan Kenyataan Negara dalam bahasa Melayu - kali pertama oleh seorang pemimpin Malaysia berucap menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya pada perhimpunan diplomatik terbesar itu.
Beliau turut menyentuh pelbagai isu antarabangsa antaranya konflik di Ukraine, isu Myanmar dan Palestin serta sekuriti makanan dan perubahan iklim. - Bernama