PELUMBA Red Bull, Max Verstappen mengakui memerlukan sedikit tuah untuk merangkul kejuaraan Formula Satu (F1) kedua berturut-turut dalam Grand Prix Singapura pada Ahad dengan menyifatkan perlumbaan di Jepun minggu depan menawarkannya peluang kejuaraan lebih realistik.
Bintang Belanda yang menyambut ulang tahun kelahiran ke 25 tahun pada Jumaat mendahului 116 mata daripada pencabar terdekat dari Ferrari, Charles Leclerc dan 125 mata di depan rakan sepasukan Red Bull, Sergio Perez.
Iklan
Iklan
Verstappen berpotensi dinobatkan juara di Singapura jika mampu mencatat kemenangan keenam berturut-turut.
Selain itu, dia memerlukan keputusan lain untuk memastikan penamat paling awal dalam perebutan gelaran sejak era sensasi Michael Schumacher yang memenangi kejuaraan kelimanya dengan baki enam perlumbaan pada 2002.
"Ya, ia agak mencabar untuk mencipta sesuatu yang di luar kelaziman di sini, jadi saya tidak terlalu memikirkannya.
"Saya memerlukan tuah untuk ia berlaku di sini," kata Verstappen di trek Marina Bay.
Untuk rekod, perlumbaan di Singapura akan diikuti aksi Grand Prix Jepun di Litar Suzuka.