SHAH ALAM - Polis memaklumkan siasatan pihaknya tidak menemukan sebarang kesan brek di atas jalan raya lokasi kemalangan yang meragut 11 nyawa di Jalan S8 Pekeliling berdekatan MAS Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 11.10 malam tadi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, punca kemalangan masih dalam siasatan polis.