KOTA BHARU - Penduduk Kelantan yang tinggal di kawasan rendah dan berisiko banjir perlu berwaspada dan berhati-hati bagi menghadapi Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh yang dijangka melanda tidak lama lagi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Mohd Adzhar Mujab berkata, sekiranya hujan berterusan sehingga mengakibatkan air mulai naik di kawasan penempatan terbabit, penduduk perlu segera membuat persiapan untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat.