KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen dijangka dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Majlis Parlimen Ke-14 pada November ini.
Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, mesyuarat khas berkenaan transformasi Parlimen yang dipengerusikan beliau telah diadakan di Blok Utama Parlimen Malaysia, pada Khamis.